Tuesday, 29 September 2015
#SABAR ITU INDAH
sy pun bingung sebenarnya dgn perasaan ni, hehe.. xtau apa sbnrnya yg ada dlm hati and x tau apa sbnrnya yg mnjadi fikiran dlm kpla otak sy ni.. hmm, tp bingung mana pun sy xlah juga risau mna kan sbb sy tau allah sntsa ada di sisi buat umat2nya yg mmerlukan prtolongan dpdnya.. insyaAllah jika dgn izin allah swt~
sy buntu juga, tp ndtau buntu pasal apa.. haha, aneh kan? hmm entahlah klau bnda tu masih dlm fikiran.. tp org ckp, jgn tlmpau mau mluah sna sini kot.. allah kan ada sedia mndgr stiap msalah hambanya :) kan kan? hehe betul apa
tp tu sejala.. kena trus rajin solat n tawakal ja dgn apa yg sdh berlaku ni.. sntsa meniti telapak redha allah! aminnn
eh sy pun x tau knpa susah btl mau lupa.. sakit bah hmm mmg sakit tp itulah ndtau apa cara terbaik babe, tidapa berserah ja pd allah yg mngatur n tahu sgala.. hee insyaAllah.. allah tahu mna yg bruk n mana yg trbaik buat hambanya.. hm
#MUHASABAH DIRI BUAT SANG PENCARI KETENANGAN JIWA@HATI #KUNFAYAKUN #JIKA DGN IZIN ALLAH
sy buntu juga, tp ndtau buntu pasal apa.. haha, aneh kan? hmm entahlah klau bnda tu masih dlm fikiran.. tp org ckp, jgn tlmpau mau mluah sna sini kot.. allah kan ada sedia mndgr stiap msalah hambanya :) kan kan? hehe betul apa
tp tu sejala.. kena trus rajin solat n tawakal ja dgn apa yg sdh berlaku ni.. sntsa meniti telapak redha allah! aminnn
eh sy pun x tau knpa susah btl mau lupa.. sakit bah hmm mmg sakit tp itulah ndtau apa cara terbaik babe, tidapa berserah ja pd allah yg mngatur n tahu sgala.. hee insyaAllah.. allah tahu mna yg bruk n mana yg trbaik buat hambanya.. hm
#MUHASABAH DIRI BUAT SANG PENCARI KETENANGAN JIWA@HATI #KUNFAYAKUN #JIKA DGN IZIN ALLAH
Sunday, 27 September 2015
HAHAHAHA!
Tatatertib mndengar khutbah :-P
1) dilarang berkata-kata
2) dilarang bermain phone
3) dilarang termenung smbil melukis atas karpet
1) dilarang berkata-kata
2) dilarang bermain phone
3) dilarang termenung smbil melukis atas karpet
Saturday, 26 September 2015
ALLAHHU...
Usahlah dikau mengalah, Saat harungi ujian Allah, Didikkanlah hatimu tabah, Agar imanmu jadi gagah.
-Nukilan sendiri-
-Nukilan sendiri-
allah :(
Find yourself, and be happy with what you found. If not happy, learn acceptance and change what you can.
about mylife!
You know my name, but not my story.
You see my smile, not my pain.
You notice my cuts, not my scars.
You can read my lips, not my mind.
my happy life
pizah yg dulu selalu ketawa now datang sudah balik..hehe pizah yg periang kedebomm tu! hahaha..suka buat kacau..alhamdulillah sgt ya allah sy mampu utk ubah smua ni dgn tawakal..aminnn,sntiasa mau kuat and sabar ja kunci dia..hehe..rajin solat,insyaallah
Wednesday, 29 July 2015
diary dlm lab sikulah :D hahaha
harini dpt online and post blogger dlm lab sch di dlm labbbbb...hehehehe,happy lah juga ba dpt nline sma friend hehe..
Thursday, 25 June 2015
taatlah pada suami anda..akan datang ataupun yg sdh brsuami :)
![]() |
| The husband should, at the time of consummating the marriage with his wife or before that, place his hand on the front part of her head, mention the name of ... |
sebaik-baik perhiasan adalah wanita muslimah dunia akhirat..
![]() |
| \wanita biasa yang inginkan dorongan agama yg lebih mndalam agar lebih sempurna ibadatku sbg seorang muslimin dan mukminin..kun fa ya kun! jika allah berkata ia maka terjadilah sesuatu itu dgn izinnya..wallah'waklam..:) |
masha'allah :'(
semuanya kerana allah...
Saat aku jauh tidak tahu engkau dimana untuk menguatkan jiwamu dengan bicara
semoga laman ini bisa jadi bukti kalau cintaku ingin bawa kau ke syurga
Sayangku
Semoga nanti bila bertemu aku bisa mencintaimu
kerana ALLAH
Sayangku
Semoga nanti bila bertemu aku bisa mencintaimu
kerana ALLAH
IMAM SUFIYAN BIN UNAYNAH :)
"orang yang berakal itu bukanlah yang mengetahui kebaikan dan keburukan sahaja, malah orang yang berakal adalah orang yang mengetahui kebaikan lalu mengikuti dan mengetahui keburukan lalu menjauhinya"
Wednesday, 24 June 2015
dunia akhirat bukan milik kita. semuanya yg ada skrg hanya sementara.
perindu akhirat menangis kerana dunia yg datang menimpa. masing-masing punya masalah sendiri, masalah dunia, masalah peribadi. luahkan jangan simpan di dalam hati. pedih rasanya. cerita saja di blog saya ;')
meratap sayup...
menangis atau sedih bukanlah
sesuatu yang hina, tergantung mengapa kita menangis.
jika tangisan itu mengingatkan
kita pada Allah Yang Maha Berkuasa. maka menangis itu lebih baik.
dan teruskan menangis jika
tangisan itu membuatkan kita sedar bahawa kita ini benar-benar makhluk yang
lemah.
dan jangan berhenti menangis
jika tangisan itu membuatkan kita sedar begitu banyak dosa-dosa kita selama
ini.
sedarkan diri kita bahawa
bahagia itu tidak semestinya melambangkan cinta, tapi menangis itu juga
melambangkan satu cinta yang agung.
haruslah sentiasa bersyukur
bukan kaya yg kita cari bukan miskin yg kita minta
pemberian
nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tak diredhaiNya. itu dinamakan istidraj.
Rasullulah SAW bersabda :
Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
tapi manusia
yang derhaka dan banyak buat maksiat terkeliru dengan pemikirannya
merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
macam mana pulak dengan orang yang sembahyang 5
waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa sunat isnin, khamis dan puasa sunat yang lain. tapi, hidup
mereka biasa sahaja. ada yang susah juga. kenapa?
dan bagaimana pula orang yang
seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. bila kita
tanya, apa kamu tak takut mati? katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau
masuk neraka, ramai-ramai. tak kisahlah! sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah
SAW naik ke langit bertemu Allah
pun tak sombong. Nabi Sulaiman sebesar-besar pangkatnya sampai semua
makhluk kat muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong.
secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak
sombong. bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud
menyembah Allah.
manusia
istidraj ini adalah manusia yang lupa daratan. meski berbuat maksiat,
dia merasa Allah menyayanginya. depa pandang hina pada orang yang
beramal.
“dia tu siang malam tonggang tonggek semayang, pegi masjid, basikal pun tak mampu
beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. tak payah beribadat
pun, rezeki datang mencurah-curah. kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya
macam aku, katanya sombong.”
sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat
yang banyak sebab untuk menghancurkannya.
cuba kita perhatikan anai-anai kalau tak bersayap, dia akan duduk
diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tapi kalau Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. lalu, bila sudah bersayap, anai-anai
pun menjadi kelkatu. kelkatu, bila mendapat nikmat iaitu sayap, dia akan cuba
melawan api. macam tu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan
Allah SWT.
firaun
pun sama. nikmatnya tak terkira, tak
pernah sakit, bersin pun tak pernah sebab Allah berikannya nikmat
kesihatan. orang lain selalu sakit, tapi Firaun tak, orang lain mati,
namun dia masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya
tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
jadi, kalau kita kaji dan fikir betul-betul, terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. apsal orang kafir
kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup mewah. pemberian yang
diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. rupa-rupanya ianya
adalah bertujuan untuk menghancurkannya. untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya?
aaaaaaaa
tapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk
masjid dengan kereta mercedes, dengan motor besar kita katakan itu
istidraj. orang naik pangkat,
istidraj. orang-orang besar, istidraj. bukan macam tu! orang yang
mengunakan nikmatnya
untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. dan jangan
pula
kita tak mahu kekayaan. kalau nak selamat, hidup kita mesti ada
pegangan. bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita minta.
tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, maka selamatlah
kita di dunia dan akhirat
KHAS BUAT KAUM ADAM DAN HAWA...
untuk Hawa
,
bila lelaki
mengatakan dirimu seorang yang sombong,
itu lebih baik.
kerana itu menandakan
dirimu sukar untuk di dekati.
dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan
dirinya jua .
untuk Adam
,
mereka sombong
kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka,
dan mereka berusaha untuk
menghindari dirinya serta dirimu,
bergelumang dengan dosa.
bersyukurlah kerana
dia, anda terselamat dari melakukan dosa.
hormatilah keputusan mereka
dan
jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.
rupa-rupanya ada juga kegunaan sombong.
hanya untuk situasi di atas saja.
situasi lain, jangan!
Tuesday, 23 June 2015
ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetai iman dan ilmu itu selalu bertengkar..
Jangan Jadi Murahan |
Megah berkata tak mencari jodoh di Facebook.
Tapi hari-hari berkomen di wall berlainan jantina,
Dah kenapa?
Murah sangatkah bagi mereka yang bertemu jodoh di Facebook? Tak bernilai langsungkah bagi mereka yang mencari jodoh di Facebook?
Atau mahal sangatkah bagi mereka yang mencari jodoh dan bertemu jodoh di alam realiti? Sebegitu dangkal kah pemikiran anda memperlekehkan niat murni orang lain?
Bahasa percakapan nampak mahal, tapi sebenarnya murah.
notahati : Ikhtilat memainkan peranan penting dalam ISLAM.
| Huh, Sadis. Kesian. Dah berlalu tak boleh diundur, Alhamdulillah... syukur ya Allah... Syukur aku seorang Islam. Sebagai seorang Islam kita ada Allah. Allah yang sentiasa ada disisi kita setiap kali kita mencari DIA. Sentiasa ada. Sentiasa dan sentiasa. Takkan terlepas walau sesaat. Tak kisah lah dalam bilik, atas jalan raya, dalam gua.. kat mana2 Allah ada. Bila kita terdesak, memerlukan bantuan, percayalah akan ada satu kuasa yang paling besar iaitu kuasa Allah akan membantu kita. Percaya dan yakin. Asalkan kita masih dalam landasan dan tujuan kehidupan. Tujuan hidup sebagai orang Islam berbeza dengan orang yang bukan Islam. Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat redha Allah dan rahmat Allah. dan kejayaan kita adalah syurga. ITULAH TUJUAN HIDUP ORANG ISLAM. tp, bagaimana dengan elliot? matlamat hidupnya adalah kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup. tidak bahagia dalam kehidupan merupkan kegagalan abadi baginya. Kegagalan abadi dia inilah yang mendorong dia berputus asa dan hidup dan 'membalas dendam' kepada orang yang memberi 'kegagalan' dalam mencapai kebahagiaan dirinya. Islam mengajar kita dengan sifat Tawaddhuk dan jauhi sifat Al-wahn Al-wahn? qu'est-ce que c'est? Rasulullah bersabda.
“Begitu
hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu
semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni
dulang berisi makanan.”
Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di air bah. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?” Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.” (Hadis Riwayat Ahmad, 37/82, no. 22397. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth. Abu Daud, 11/371, no. 3745. Dinilai sahih oleh al-Albani) Siapa yg dalam hatinya ada sifat al-Wahn? Siapa lagi kalau bukan KIta sendiri. Jangan toleh kiri kanan, tengok cermin je. Islam juga mengajar kita tentang redha dan percaya takdir Allah. Percayakan segala takdir yang Allah aturkan untuk kita adalah yang terbaik. contonya spt keluarga, anggota badan, kepandaian, bakat. Semua yang Allah aturkan adalah yang terbaik. Cuma tugas kita untuk take it from the positif side. Andai kata kita betul2 percaya kan Allah. Ops, bukan percaya tapi YAKIN dengan Allah, agaknya, masih adakah umat Islam yang mundur? Umat Islam yang malas? Umat Islam yang mungkir janji? Umat Islam yang putus asa? ISlam is the best way of life. "Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam" [Ali Imran : 19] |
assalammualaikum wbt...
Marhaban.
Dua Ribu Lima Belas | Kehidupan yang Mencabar Iman. Masih ingat
saya lagi?. Gadis poyo dan agak cheerful sewaktu zaman tahun dua ribu
sebelas dan dua ribu doblas dahulu. Kemeriahan zaman dahulu tidak akan
sama ketika zaman betrukar zaman. Kalau dahulu boleh dikatakan 'kaki'
blogging, Kini saya suka dipanggil 'kaki' dakwah. *koh koh*
Bukan mudah untuk membawa dakwah untuk manusia di akhir zaman ini,
adakalanya dakwah ini tidak akan ramai yang suka, tidak ramai yang
berlapang dada. Ada yang sindir, ada yang mencela, paling tidak memerli
terhadap si pendakwah. Kerana apa, bagi mereka tidak perlu lah menegur
apa yang mereka lakukan kerana kubur masing-masing.
Ya Allah. saya hanya mampu beristighfar saja.
Memang mencabar keimanan ku untuk menyampaikan dakwah ini, Perlu ingat,
ada sebab atau ada hikmah mengapa Allah SWT temukan kita dengan
seseorang untuk menasihati kita, Allah SWT sudah lama melihat kita ,
melihat kelakuan kita, melihat cara kehidupan kita, melihat cara layanan
kita pada saudara mara kita, keluarga kita dan sahabat-sahabat kita,
melihat amalan-amalan ibadah kita, ada diantaranya tidak mendapat
keberkatan dari Allah SWT ( kemungkinan ). Kita berfikir lah sejenak,
kita ni islam, nama dalam kad pengenalan pun bernamakan islam, tetapi
bagaimana cara hidup kita? adakah mengikuti cara hidup islam? adakah
aurat kita dijaga sempurna seperti syarie apabila berada di luar rumah?
adakah solat kita cukup waktunya? adakah kita lazimkan diri kita
berzikir setiap hari? adakah kita membaca atau mengaji Al-Quran setiap
hari? paling tidak seminggu sekali? Jika ada beberapa perkara itu kamu
tidak lakukan, maka hendaklah kamu bermuhasabah diri dan perbaiki akhlak
kamu, akidah kamu serta pakaian kamu untuk mendapat keberkatan dari
Allah SWT. In Sha Allah.
Kita mahukan kesenangan dalam hidup, kita mahukan kekayaan dalam hidup,
lalu kita rajin berdoa meminta agar Dia mengabulkan semua apa yang kita
inginkan, tetapi adakah kamu sedar bahawa solat kamu separuh masa, solat
kamu hanya ditimpa kesusahan, kamu berzikir, kamu beristighfar, kamu
merintih pada Nya, namun apabila kamu sudah senang, sudah kaya, sudah
ada segalanya, kamu lupakan Dia, kamu lupakan solat kamu, kamu lupakan
Al-Quran, kamu lupa untuk berzikir, lupa untuk berterima kasih pada
Allah SWT.
Masha Allah.
Jangan lupa, dunia ini hanya sementara, pinjaman dariNya, jika kita
terlalu mengejar keduniaan maka akhirat akan meninggalkanmu di belakang,
namun jika kita mengejar akhirat pasti keduniaan mengejar kita.
Hendaklah kita seimbangkan ia. Belajar lah dan carilah ilmu akhirat.
Ambil Al-Quran dan As Sunnah sebagai panduan hidup, In Sha Allah kamu
tidak akan sesat di kemudian hari.
Semoga bermanfaat pada tulisan saya ini,
Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang buruk datangnya dari saya sendiri. Wallahu'alam.
asslammualaikum wbt smua umat islam..now ramadhan bulan mulia ni dh tiba kn,tinggal mnanti hari raya aidilfitri je lagi..hehe melonjak2 kriangan lah ;) pnantian yg amat dinantikan ramai bh kn tu..huu
AZAN BERKUMANDANG
waktu sahur dh habis dh.now buka blog kjap,boleh juga hilgkn borink ni.mau tdur pun mau ckp mngnk xjuga kan..hahaha mmg jwbnya blog lah juga kan dpn mata ni klau bkn bchat sma si pajlil kita tu..heee ;)
hamba allah SWT....
sejahat-jahat manusia ialah mereka yg suka mncari ksalahan dan kecelaan org sbgaimana lalat mncari bangkai dari tempat-tempat yg busuk..ya allah,smoga ngkau kuatkn lg dn beriknlh lgi ksbran yg stimpal kpd hmba mu ini..agar lebih tabah utk tmuh sgla dugaanmu dan cabaran yg hadir dari mu dgn izin yg maha esa..semoga ktnangan mlikku kini :)
hanya insan terpilih yg akan mndapatkn rahmat dpdnya..
hari pertama on blog rasa happy sgt dpt buka blog ni lagi..syukur alhamdulillah mc ada ksmpatan lg utk buka ni,hehe..paling pntig mmg rndullh mau bblog..aktiviti lama katakan,haha..:) apa2 slmt brpuasa smua umat islam k,hee..
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)











