Marhaban.
Dua Ribu Lima Belas | Kehidupan yang Mencabar Iman. Masih ingat
saya lagi?. Gadis poyo dan agak cheerful sewaktu zaman tahun dua ribu
sebelas dan dua ribu doblas dahulu. Kemeriahan zaman dahulu tidak akan
sama ketika zaman betrukar zaman. Kalau dahulu boleh dikatakan 'kaki'
blogging, Kini saya suka dipanggil 'kaki' dakwah. *koh koh*
Bukan mudah untuk membawa dakwah untuk manusia di akhir zaman ini,
adakalanya dakwah ini tidak akan ramai yang suka, tidak ramai yang
berlapang dada. Ada yang sindir, ada yang mencela, paling tidak memerli
terhadap si pendakwah. Kerana apa, bagi mereka tidak perlu lah menegur
apa yang mereka lakukan kerana kubur masing-masing.
Ya Allah. saya hanya mampu beristighfar saja.
Memang mencabar keimanan ku untuk menyampaikan dakwah ini, Perlu ingat,
ada sebab atau ada hikmah mengapa Allah SWT temukan kita dengan
seseorang untuk menasihati kita, Allah SWT sudah lama melihat kita ,
melihat kelakuan kita, melihat cara kehidupan kita, melihat cara layanan
kita pada saudara mara kita, keluarga kita dan sahabat-sahabat kita,
melihat amalan-amalan ibadah kita, ada diantaranya tidak mendapat
keberkatan dari Allah SWT ( kemungkinan ). Kita berfikir lah sejenak,
kita ni islam, nama dalam kad pengenalan pun bernamakan islam, tetapi
bagaimana cara hidup kita? adakah mengikuti cara hidup islam? adakah
aurat kita dijaga sempurna seperti syarie apabila berada di luar rumah?
adakah solat kita cukup waktunya? adakah kita lazimkan diri kita
berzikir setiap hari? adakah kita membaca atau mengaji Al-Quran setiap
hari? paling tidak seminggu sekali? Jika ada beberapa perkara itu kamu
tidak lakukan, maka hendaklah kamu bermuhasabah diri dan perbaiki akhlak
kamu, akidah kamu serta pakaian kamu untuk mendapat keberkatan dari
Allah SWT. In Sha Allah.
Kita mahukan kesenangan dalam hidup, kita mahukan kekayaan dalam hidup,
lalu kita rajin berdoa meminta agar Dia mengabulkan semua apa yang kita
inginkan, tetapi adakah kamu sedar bahawa solat kamu separuh masa, solat
kamu hanya ditimpa kesusahan, kamu berzikir, kamu beristighfar, kamu
merintih pada Nya, namun apabila kamu sudah senang, sudah kaya, sudah
ada segalanya, kamu lupakan Dia, kamu lupakan solat kamu, kamu lupakan
Al-Quran, kamu lupa untuk berzikir, lupa untuk berterima kasih pada
Allah SWT.
Masha Allah.
Jangan lupa, dunia ini hanya sementara, pinjaman dariNya, jika kita
terlalu mengejar keduniaan maka akhirat akan meninggalkanmu di belakang,
namun jika kita mengejar akhirat pasti keduniaan mengejar kita.
Hendaklah kita seimbangkan ia. Belajar lah dan carilah ilmu akhirat.
Ambil Al-Quran dan As Sunnah sebagai panduan hidup, In Sha Allah kamu
tidak akan sesat di kemudian hari.
Semoga bermanfaat pada tulisan saya ini,
Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang buruk datangnya dari saya sendiri. Wallahu'alam.
No comments :
Post a Comment