| Huh, Sadis. Kesian. Dah berlalu tak boleh diundur, Alhamdulillah... syukur ya Allah... Syukur aku seorang Islam. Sebagai seorang Islam kita ada Allah. Allah yang sentiasa ada disisi kita setiap kali kita mencari DIA. Sentiasa ada. Sentiasa dan sentiasa. Takkan terlepas walau sesaat. Tak kisah lah dalam bilik, atas jalan raya, dalam gua.. kat mana2 Allah ada. Bila kita terdesak, memerlukan bantuan, percayalah akan ada satu kuasa yang paling besar iaitu kuasa Allah akan membantu kita. Percaya dan yakin. Asalkan kita masih dalam landasan dan tujuan kehidupan. Tujuan hidup sebagai orang Islam berbeza dengan orang yang bukan Islam. Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat redha Allah dan rahmat Allah. dan kejayaan kita adalah syurga. ITULAH TUJUAN HIDUP ORANG ISLAM. tp, bagaimana dengan elliot? matlamat hidupnya adalah kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup. tidak bahagia dalam kehidupan merupkan kegagalan abadi baginya. Kegagalan abadi dia inilah yang mendorong dia berputus asa dan hidup dan 'membalas dendam' kepada orang yang memberi 'kegagalan' dalam mencapai kebahagiaan dirinya. Islam mengajar kita dengan sifat Tawaddhuk dan jauhi sifat Al-wahn Al-wahn? qu'est-ce que c'est? Rasulullah bersabda.
“Begitu
hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu
semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni
dulang berisi makanan.”
Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di air bah. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?” Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.” (Hadis Riwayat Ahmad, 37/82, no. 22397. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth. Abu Daud, 11/371, no. 3745. Dinilai sahih oleh al-Albani) Siapa yg dalam hatinya ada sifat al-Wahn? Siapa lagi kalau bukan KIta sendiri. Jangan toleh kiri kanan, tengok cermin je. Islam juga mengajar kita tentang redha dan percaya takdir Allah. Percayakan segala takdir yang Allah aturkan untuk kita adalah yang terbaik. contonya spt keluarga, anggota badan, kepandaian, bakat. Semua yang Allah aturkan adalah yang terbaik. Cuma tugas kita untuk take it from the positif side. Andai kata kita betul2 percaya kan Allah. Ops, bukan percaya tapi YAKIN dengan Allah, agaknya, masih adakah umat Islam yang mundur? Umat Islam yang malas? Umat Islam yang mungkir janji? Umat Islam yang putus asa? ISlam is the best way of life. "Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam" [Ali Imran : 19] |
Tuesday, 23 June 2015
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment